Masalah Kekurangan berat badan

Kekurangan berat badan mungkin merupakan simptom sekunder kepada sesuatu keadaan yang lebih tersembunyi. Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan mungkin memerlukan diagnosis perubatan profesional dari seorang pakar perubatan.[18]

Kurang berat badan juga boleh menjadi simptom primer sehingga menjadi punca kepada lain-lain keadaan perubatan. Individu yang berat badan mereka sangat rendah mungkin mempunyai daya tahan fizikal dan sistem imun yang lemah, sehingga mereka menjadi mudah dijangkiti penyakit lain. Menurut Robert E. Black dari Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins (JHSPH), "Keadaan kekurangan berat badan ... dan kekurangan mikronutrien juga menyebabkan penurunan daya pertahanan perumah imun dan bukan imun, dan perlu dikelaskan sebagai punca kematian yang tersembunyi jika diikuti oleh penyakit berjangkit yang merupakan punca berkaitan terminal".[19]Orang yang kekurangan gizi menimbulkan kebimbangan khusus, kerana bukan sahaja melibatkan pengambilan kalori kasar tidak mencukupi, tetapi turut melibatkan kekurangan dari segi pengambilan dan penyerapan nutrien penting lain, terutamanya asid amino penting dan mikronutrien seperti vitamin dan mineral.

Golongan perempuan yang kekurangan berat badan teruk akibat gangguan pemakanan atau akibat senaman berat yang berlebihan boleh mengakibatkan amenorea (ketiadaan haid),[20] ketidaksuburan atau komplikasi semasa kehamilan jika pertambahan berat badan semasa mengandung terlalu rendah.

Kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan anemia dan keguguran rambut.

Kekurangan berat badan adalah faktor risiko osteoporosis yang sudah mantap kajiannya,[21] yang melibatkan bukan sahaja orang tua bahkan turut melibatkan golongan muda. Hal ini dapat dilihat pada individu yang mengalami kekurangan tenaga relatif sewaktu sukan, yang dahulunya dikenali sebagai triad atlet wanita: apabila makan tidak teratur atau senaman yang berlebihan menyebabkan amenorea, perubahan hormon semasa ovulasi membawa kepada kehilangan kepadatan mineral tulang.[22][23] Selepas ini, ketumpatan mineral tulang yang rendah ini menyebabkan keretakan spontan yang pertama yang selalunya tidak dapat dipulihkan.

Walaupun kekurangan berat badan telah dilapor meningkatkan kematian pada kadar yang setanding dengan yang dilihat pada orang yang mengalami obesiti,[24] kesannya adalah kurang drastik apabila dihadkan kepada mereka bukan perokok serta tanpa sejarah penyakit,[25] dan hal ini menunjukkan bahawa merokok dan penyakit berkaitan penurunan berat badan adalah punca utama kepada kesan yang diperhatikan tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Kekurangan berat badan https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/4... http://www.nhlbi.nih.gov/health/educational/lose_w... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC45114... https://doi.org/10.1186%2F2052-9538-1-9 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26217501 https://www.acefitness.org/education-and-resources... https://doi.org/10.1016%2FS0140-6736(16)30054-X https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27115820 http://www.indianexpress.com/news/body-shape-is-do... https://www.sciencedaily.com/releases/2007/09/0709...